Soalan
Apa hukumnya membiarkan anak-anak beraya ke rumah-rumah jiran semata-mata mahu mengumpul duit raya?
Hakimi Ali
Seremban
Jawapan
Hukum membiarkan anak-anak beraya ke rumah orang adalah diharuskan. Cuma permasalahan adalah ketika semata-mata mahu meminta duit raya. Ini bercanggah dengan konsep asal tidak meminta kepada orang melainkan terdapat hajat penting. Namun ia bukanlah sampai kepada peringkat haram.
Terlajak raya
Soalan
Kita beraya di bulan Syawal selama sebulan, tetapi sejak beberapa tahun ini, ramai yang masih mengadakan rumah terbuka Hari Raya selepas habis Syawal dengan alasan tak sempat. Apakah hukumnya?
Syah
Perling, Johor Bahru
Jawapan
Mengadakan hari terbuka tidak kira pada Hari Raya Aidilfitri atau pada hari lain dengan tujuan menjamu orang makan dan mengeratkan silaturahim selama tidak menunjuk-nunjuk, bermewahan dan tidak memudaratkan kewajipan, ia masih di dalam kitaran harus. Tidak salah.
Isteri lebihkan emak sendiri
Soalan
Apa hukumnya isteri melebihkan beraya di rumah emak sendiri tetapi dengan mertua hanya beberapa jam, tak mahu tidur di rumah mertua?
Fitri Zaki
Merlimau, Melaka.
Jawapan
Setiap perkara yang berlebihan sudah pasti yang lain berkurangan maka bersederhanalah di dalam sesuatu perkara. Apa-apa yang kurang maka tampunglah kekurangan itu dengan sikap tolong menolong dan bertolak ansur sesama pasangan suami isteri. Berbincanglah secara baik. Pasti suami atau isteri akan faham.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]