Soalan
Tahun ini, 1 Ramadan dijangka pada Selasa 12 Mac. Bagi mereka yang melazimi puasa sunat Isnin dan Khamis, adakah mereka boleh berpuasa sunat hari Isnin pada 11 Mac iaitu sehari sebelum Ramadan?
Mohd. Z. Zakaria
Selangor
Jawapan
Bagi mereka yang melazimi puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis kemudian sehari sebelum masuk Ramadan adalah hari Khamis harus sahaja untuk dia teruskan. Begitu juga kepada mereka yang ingin melakukan puasa qada.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected] –UTUSAN