Apa hukumnya pemimpin yang sering berjanji macam-macam, tetapi tidak menunaikannya?
Shafik Rahman
Bukit Mertajam.
Jawapan
Sekiranya janji yang ditaburkan itu adalah permainan politik ia adalah haram namum kalau ia merupakan perancangan namun gagal dilaksanakan disebabkan halangan ia bukan pemungkiran janji. Yang baiknya, seseorang pemimpin itu perlu membuat kajian agar setiap janjinya dapat dilaksanakan. Ini kerana sebarang penipuan pemimpin kepada rakyat yang menantikan kemajuan atau perubahan adalah satu dosa besar.
Tak tertib ambil wudhu
Soalan
Apakah hukumnya ketika mengambil wudhu mendahului tangan kiri atau kaki kiri baru kanan. Sah tak wudhu tersebut?
Nirzamin
Kuala Selangor
Jawapan
Di dalam mengambil wudhu diwajibkan tertib diantara anggota wudhu yang berlainan seperti muka dan tangan. Namun kalau anggota yang sama seperti tangan tidak diwajibkan mendahulukan kanan atau kiri cuma disunatkan didahulukan tangan kanan atau kaki kanan.
Sedekah duit rasuah
Soalan
Bolehkah duit daripada mendapat rasuah digunakan untuk membantu golongan susah atau miskin? Dapatkah si pemberi bantuan itu pahala?
Muna
Jelebu
Jawapan
Duit rasuah tidak sah dijadikan sedekah. Ini kerana ia adalah pendapatan yang haram dan ia perlu dipulangkan kepada sumber asalnya.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]