Soalan
Ustaz, apakah hukumnya berbalas-balas mesej di telefon dengan suami atau isteri orang hanya untuk menghilangkan rasa bosan dan sunyi?
Zalzalin
Selangor
Jawapan
Tidak boleh kita melakukan sedemikian tanpa sebarang sebab munasabah kerana boleh menimbulkan fitnah atau cemburu pada pasangan. Hendak mengadu masalah, mengadulah pada isteri atau suami sendiri. Begitu juga kalau bosan atau sunyi.
Solat tak khusyuk
Soalan
Ustaz, bagaimanakah kita mahu mendapatkan solat yang khusyuk. Sebab semasa solat saya selalu teringat hal-hal kerja dan kalau selalu rasa lapar pula, mahu cepat-cepat menghabiskan solat itu.
Amirul Hakim
Perak
Jawapan
Teringatkan perkara-perkara duniawi ketika solat adalah tanda-tanda kepada kelalaian maka berusahalah memokuskan minda kepada makna-makna yang dibaca atau mengingati syurga atau neraka ketika solat. Terlebih dahulu lakukan solat sunat qabliah sebelum menunaikan solat fardu agar dapat menjernihkan hati terdahulu sebelum menunaikan solat fardu.
Beli produk pengusaha hina Islam
Soalan
Apakah hukumnya membeli produk-produk yang dijual oleh pengusaha yang memperlekeh Islam?
Izumi Aimi
Kedah
Jawapan
Hukum membeli barangan orang yang memperlekehkan agama adalah sah jualan tersebut sekiranya barangan itu halal, namun jika ia membawa kepada kemudaratan agama ia menjadi terlarang disebabkan menyokong orang yang melakukan maksiat.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]