Tidak tolong adik-beradik susah - Utusan Malaysia

Tidak tolong adik-beradik susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya membiarkan adik beradik hidup susah sedangkan dia hidup senang-lenang dan melebihkan orang lain (orang luar) dalam memberi pertolongan?

Shida, Johor Bahru

Jawapan
Membiarkan adik beradik yang susah dalam keadaan kita mampu menolong mereka hukumnya adalah tidak harus dalam syariat. Bagaimanapun, kita harus mendahului ahli keluarga untuk memberi sedekah. Pada masa sama, adik beradik juga wajib berusaha mengeluarkan diri daripada kesusahan dengan lebih kuat bekerja dan tidak hanya meminta-minta apabila mampu untuk berdikari.

Guna duit sedekah ziarah kematian

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya seorang ahli keluarga yang kematian isteri atau suami atau anak menggunakan duit sumbangan orang ramai yang datang ziarah untuk kegunaan dirinya sendiri iaitu bayar hutang bank dirinya (bukan si mati), bil-bil dan perbelanjaan makanannya sendiri.

Husni Ali, Selangor.

Jawapan
Hukum duit yang diberikan orang ramai selepas kematian adalah bukan harta faraid. Ia adalah milik kepada keluarga atau orang diberikan berdasarkan niat pemberi. Sekiranya mereka menggunakan duit tersebut berdasarkan persetujuan mereka untuk membayar bil-bil atau lain-lain hutang adalah harus, insya-Allah .

Bertaubat tetapi buat lagi dosa

Soalan
Ustaz, apa hukumnya orang yang sudah bertaubat tetapi dia mengulangi perbuatan sama dan bertaubat lagi. Adakah taubat yang banyak kali itu akan diterima Allah SWT?

Din, Melaka

Jawapan
Hukum bertaubat adalah wajib hatta sekalipun dia mengulangi perbuatan itu semula dan jangan berputus asa daripada bertaubat nasuha. Mudah-mudahan dia akan berhenti secara total, insya-Allah.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya