Soalan
Ustaz, betulkah anak perempuan tidak wajib jaga ibu bapa sepatutnya anak lelaki? Dan bagi yang sudah berkahwin perlu minta izin suami untuk membawa ibu bapa tinggal serumah dan jaga mereka.
Fiqa
Johor
Jawapan
Secara kewajipannya anak lelaki yang patut dahulu menjaga kedua-dua orang tuanya ketika mana tidak ada orang lain untuk menjaga mereka. Namun anak perempuan boleh menjaga dengan izin suaminya dan disunatkan suaminya mengizinkannya. Secara terbaik boleh dilakukan bergilir-gilir agar semua anak-anak mendapat pahala.
Baca al-Quran tanpa wudhu
Soalan
Ustaz, bolehkah kita membaca al-Quran tanpa wudhu? Contoh selepas solat terkentut tetapi terus membaca al-Quran.
Nuralina Ali
Perak.
Jawapan
Harus membaca al-Quran tanpa wuduk dengan syarat tidak memegang mushaf mengikut pandangan mazhab Syafie.
Isteri tengking suami
Soalan
Ustaz apakah hukumnya isteri menengking-nengking suami? Dan bagaimana untuk menangani masalah isteri yang garang ini?
Shahril
Pahang.
Jawapan
Hukum isteri menengking suami adalah haram dan boleh jatuh nusyuz sekiranya kerap menengking. Dan disunatkan suami memaafkannya dan menasihati isterinya dengan cara yang baik agar berubah.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]