Soalan
Ustaz, bagaimana untuk menasihati anak lelaki yang ingin berkahwin tetapi masih belum berkemampuan dan sejak mengenali perempuan yang ingin dijadikan isteri itu dia mengabaikan solat dan sudah tidak taat lagi pada ibu bapanya.
Mona
Johor.
Jawapan
Hukum perkahwinan adalah sunat apatah lagi bila berkemampuan. Namun ketika tidak ada kemampuan hukum berkahwin adalah makruh dah boleh membawa kepada haram. Untuk menasihati anak lelaki sebegini agak sukar namun cuba berbincang dengannya. Cari orang yang dia hormati untuk beri nasihat kepadanya. Akhir kalam perbanyakanlah berdoa yang baik-baik untuknya.
Bimbang anak tiri tuntut rumah
Soalan
Ustaz, saya tinggal di rumah ayah saya yang mana separuh bahagian rumah itu nama ayah dan separuh lagi atas nama saya dan adik. Kemudian suami saya besarkan dapur dan ruang tamu. Soalnya, adakah anak tiri saya boleh tuntut atas penambahan rumah itu jika suami saya meninggal dunia?
Hamidah
Terengganu
Jawapan
Perkara sebegini kena tahu dahulu niat suami memberi bantuan atas hutang atau pertolongan? Kalau dia membantu dalam bentuk hutang maka kemungkinan anak tiri ada hak menuntut. Tetapi kalau dia beri atas nama menyumbang maka dia tidak ada hak. Tetapi yang terbaik berunding secara baik dengan mereka dan memberi anak tiri sebahagian hadiah wang.
Nafkah ibu bapa uzur
Soalan
Siapakah yang wajib menafkahi ibu bapa yang telah uzur (tiada kemampuan bekerja)? Dan antara anak lelaki dan perempuan siapakah yang wajib menafkahi ibu tunggal mereka?
Fienas
Pahang
Jawapan
Hukum asal membiayai nafkah ibu bapa adalah mereka yang dipertanggungjawabkan iaitu anak lelaki ketika waktu ibu bapa yang uzur nafkah ke atas mereka mengatasi isteri dan anak-anak. Sekiranya tidak ada anak lelaki, baru berpindah kepada anak perempuan namun kerjasama itu adalah lebih baik kerana itu adalah ibu bapa mereka.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]