Soalan
Apakah hukumnya seorang Islam yang sering mengkritik hukum-hakam dan amalan dalam Islam kononnya ini semua mengakibatkan umat mundur serta memperlekeh nabi dan golongan ulama. Adakah dia boleh murtad?
Haris Adib
Kuala Lumpur
Jawapan
Hukum mengkritik hukum-hakam Islam dan menyatakan Islam adalah agama yang mundur adalah haram dan berdosa. Justeru elakkan berkata-kata tanpa memikirkan risikonya pada akidah. Ada pun untuk menyatakan murtad itu ia adalah bidang kuasa kadi atau mufti.
Suami beri alasan gaji kecil
Soalan
Ustaz, macam mana kalau seorang suami tidak boleh memberi nafkah zahir kepada isteri setiap bulan dengan alasan gaji kecil? Sedangkan dia boleh berbelanja untuk keperluan dirinya sendiri.
Nur Hidayu
Kulai,Johor.
Jawapan
Hukum tidak memberi nafkah kepada isteri adalah berdosa kerana isteri di bawah tanggungan suami. Sekiranya dia faham dia boleh makan berkongsi dengan isterinya kalau merasakan gajinya kecil dan tidak mampu. Namun apa-apa nafkah yang tak diberikan itu menjadi hutang dan wajib dibayar kepada isteri apabila mampu kelak.
Taat pada ibu yang kejam
Soalan
Ustaz, bolehkah kita tidak taat kepada ibu yang bertindak kejam kepada anaknya? Contoh, menghalau anaknya keluar kerana menganggap membebankan.
Fikri Taib
Temerloh, Pahang.
Jawapan
Ketaatan dan berbakti kepada ibu adalah wajib selagi tidak bercanggah dengan syariat. Jika ibu bersikap sebegitu pujuklah ibu itu supaya menerima anaknya semula dan tetaplah berbaik-baik dengan ibu. Pahalanya amat besar.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]