Berasa waswas masa solat - Utusan Malaysia

Berasa waswas masa solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Saya mengalami rasa waswas yang teruk dalam solat. Saya cuba untuk abaikan waswas tapi saya macam gelisah dan rasa bersalah tidak menyempurnakan ibadah solat dengan betul. Bagaimanakah cara untuk mengubati penyakit ini dengan sebaik-baiknya?

Jimmy
Klang, Selangor

Jawapan
Penyakit waswas adalah terlarang kerana ia menghilangkan khusyuk dalam ibadah dan ia membuang masa. Banyakkan membaca isti’azah dan cuba tinggalkan waswas dalam masa seminggu, insya-Allah ia akan hilang.

Suami berhubungan dengan kekasih lama

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya seorang suami yang masih berhubung dengan kekasih lamanya? Adakah curang itu berdosa?

Nur nilam
Johor.

Jawapan
Seseorang suami atau isteri berhubung dengan kekasih lama dengan melanggari batasan adalah terlarang kerana dibimbangi terjebak dalam maksiat. Maka elakanlah daripada berhubung kerana banyak perkara tidak baik boleh berlaku. Bimbang dengan hasutan dan bisikan syaitan.

Batal wudhu bila tidur?

Soalan
Adakah tidur sekejap itu boleh membatalkan wudhu?

Hafiz Ali
Perak.

Jawapan
Tidur yang tidak tetap punggung membatalkan wudhu. Adapun tidur yang tidak stabil punggungnya membatal wudhu kerana ia terdedah kepada keluarnya angin (kentut) maka lihat keadaan tidur kamu bagaimana adakah punggungnya tetap di situ? Kamu tahu batal atau tidak sama ada, lama atau sekejap.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya