Isteri tolak ajakan suami - Utusan Malaysia

Isteri tolak ajakan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Apakah hukumnya bila seorang isteri menolak ajakan suami untuk melakukan hubungan intim dalam kadar tiga kali seminggu?

Mohd. Murad
Selangor

Jawapan
Hukum seseorang isteri menolak permintaan suami untuk mengadakan hubungan intim sebanyak tiga kali seminggu adalah terlarang melainkan terdapat kemudaratan dan keuzuran pada isteri. Sekiranya suaminya memaafkan maka itu tidak mengapa dan terangkat kesalahan tersebut kerana itu adalah kewajipan utama isteri kepada suaminya.

Wajib jawab salam

Soalan
Ustaz, berdosakah seseorang itu bila tidak mengendahkan orang yang memberi salam kepadanya? Adakah wajib menjawab salam?

Jazlan Yusop
Pontian, Johor.

Jawapan
Hukum menjawab salam adalah wajib walaupun memberi salam adalah sunat. Melainkan kalau dalam keadaan dia berada di dalam satu kumpulan maka hukum menjawab salam menjadi fardu kifayah. Sekiranya terdapat dalam kumpulan itu seseorang menjawab salam tersebut, maka itu mencukupi untuk semua.

Baca al-Quran di kubur

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya membaca al-Quran
di kubur?

Shahril Ahsan
Maran, Pahang

Jawapan
Hukum membaca al-Quran adalah harus dan mudah-mudahan rahmat al-Quran sampai kepada yang meninggal dunia itu. Cuma dingatkan jangan adakan pesta yang pelik-pelik di kubur.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya