Isteri tidak solat - Utusan Malaysia

Isteri tidak solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya seorang suami yang sentiasa menyuruh isteri untuk solat fardu lima waktu tetapi tidak diendahkan oleh isterinya?

Mohd. Murad
Brunei Darussalam

Jawapan
Hukum seorang isteri tidak mengendahkan permintaan suaminya untuk menunaikan solat lima waktu adalah berdosa. Solat adalah tiang agama dan wajib dilakukan kepada semua umat Islam. Si suami seharusnya memberikan nasihat berterusan kepada isterinya dan jangan berputus asa.

Solat dalam gelap

Soalan
Apakah hukumnya menunaikan solat dalam gelap di tengah malam, tak buka lampu sebab bimbang orang lain terjaga?

Nana Eya
Kuala Lumpur

Jawapan
Hukum menunaikan solat dalam keadaan gelap adalah makruh. Namun kalau dia lebih khusyuk untuk bersolat serta tidak mahu mengganggu ahli keluarga insya-Allah tidak mengapa.

Amalan pagar rumah

Soalan
Adakah amalan ‘memagar rumah’ supaya tidak diganggu oleh jin serta bimbang terkena sihir dibolehkan dalam Islam?

Mustafa
Johor

Jawapan
Saya tidak pasti amalan memagar secara moden ini. Namun cukuplah kita membaca surah al-baqarah di rumah kita untuk mengelak jin masuk ke dalam rumah dan menganggu ahli keluarga.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya