Isteri tanggung makan minum, suami pula bayar hutang - Utusan Malaysia

Isteri tanggung makan minum, suami pula bayar hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz apakah hukumnya isteri yang tanggung segala makan minum dalam rumah tangga manakala suami pula bayar hutang-hutangnya sendiri?

Noraini
Perak

Jawapan
Hukum asal isteri menanggung suami adalah tidak betul. Melainkan isteri itu sendiri menghalalkan semua perkara tersebut atau dijadikan sebagai hutang tertunggak kepada isteri dan suami wajib bayar bila ada duit.

Suami biarkan isteri tak tutup aurat

Soalan
Adakah hukumnya suami membiarkan isteri tidak tutup aurat dan berpakaian seksi. Dosa itu suamikah yang tanggung?

Zai
Johor

Jawapan
Hukum suami membiarkan isterinya membuka aurat adalah berdosa. Melainkan dia sudah menasihati berkali-kali maka ketika itu isterinya sahaja menanggung dosa tersebut kerana tidak patuh dengan nasihat dan kehendak suaminya.

Sedekah pada bukan Islam

Soalan
Bolehkah kita bersedekah kepada orang bukan Islam? Adakah pahala itu dikira?

Juza
Pahang.

Jawapan
Hukum bersedekah kepada orang bukan Islam adalah harus kerana ia bukan zakat. Insya-Allah adalah pahalanya.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya