Soalan
Apa hukumnya menyedekahkan al-fatihah kepada si mati? Ini kerana ada pendapat mengatakan perbuatan itu tak kena pada tempatnya. Betulkah?
Azman Shah
Selangor
Jawapan
Hukum menghadiahkan al-fatihah kepada mayat adalah harus kerana ia merupakan perkara khilaf dalam kalangan fuqaha. Bahkah kita mengutamakan aspek Rahmat daripada Allah agar Dia menerima doa kita.
Balu hadiri pengebumian suami
Soalan
Apa hukumnya seorang balu menghadiri pengebumian suaminya? Adakah itu dibolehkan dalam iddah?
Nurul
Pahang
Jawapan
Mazhab Syafie dan majoriti fuqaha tidak membenarkan isteri menghadiri majlis pengebumian suami kerana dia wajib duduk di rumah dalam tempoh iddah tanpa ada sebarang darurah. Namun, sekiranya dia terasa amat perlu untuk menghadirinya maka bolehlah dia mengikut mazhab Aisyah yang mengharuskannya secara ringkas.
Tegur suami tak solat
Soalan
Berdosakah seorang isteri jika menegur suaminya yang culas solat dan masih melakukan maksiat?
Mazlinda
Kedah
Jawapan
Hukum menegur suami yang meninggalkan solat adalah harus namun hendaklah dilakukan dengan bahasa yang baik dan tidak menghina serta mengeji suami.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]