Kerap kentut perlu ambil wuduk - Utusan Malaysia

Kerap kentut perlu ambil wuduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Saya mengalami masalah kesihatan iaitu buasir, sakit urat belakang ke paha, sukar berdiri tegak dan kentut yang tak boleh dikawal yang tiada rasa tetapi ada bunyi. Soalan saya bolehkah saya meneruskan solat tanpa mengulangi wuduk semula dan bolehkah saya teruskan solat sunat kobliah dan fardhunya?

Hashim Azim
Kuala Lumpur

Jawapan
Sekiranya ia sukar dikawal maka ia mengambil hukum salas al baus iaitu kencing tidak lawas. Maka diwajibkan setiap waktu mengambil wuduk dan dia boleh melakukan solat sebanyak mana yang dia inginkan selagi tidak berhadas seperti biasa dia kencing atau seumpama dengannya.

Tayang hal suami isteri di media sosial

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya menayang segala hal-hal suami isteri dalam media sosial, sampaikan hendak kahwin lagi satu pun, buat live di media sosial?

Murni Halim
Selangor

Jawapan
Hukum menunjukkan segala perihal suami isteri boleh membawa kepada terlarang seperti hal ehwal hubungan kelamin seperti yang banyak berlaku ketika ini di media sosial. Cukuplah sekadar tayangan kenang-kenangan yang berfaedah dan tidak melibatkan hal-hal sulit serta peribadi.

Baca Yasin untuk jenazah

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya membaca Yasin ketika menziarahi jenazah? Adakah itu wajib dilakukan?

Firdaus Ali
Perlis

Jawapan
Hukum membaca Yasin ketika menziarahi adalah harus dan insya-Allah kalau kita ikhlas di dalam membacanya mudah-mudahan rahmat al-Quran itu sampai kepada yang meninggal dunia.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya