Soalan
Ustaz, adakah tanda-tanda apabila mendapat haji yang mabrur? Apakah tanda-tanda itu?
Bahrin
Terengganu
Jawapan
Tanda-tanda mendapat haji mabrur adalah kita semakin mudah dan suka melakukan kebaikan dan kita merasa jiwa kita benci kepada keburukan dan mahu menjauhinya. Haji mabrur balasannya adalah syurga, insya-Allah maka ikhlaskan hati kerana Allah Taala.
Kasihan tengok lembu disembelih
Soalan
Apa hukumnya kita kasihan tengok lembu kena korban, sembelih. Boleh atau tidak orang yang kasihan ini makan daging korban tersebut?
Lan Karim
Perak
Jawapan
Hukum kasihan melihat binatang disembelih adalah akhlak terpuji bahkan mendapat pahala di atas rasa kasihan tersebut. Boleh makan daging sembelihan tersebut. Tiada larangan.
Baca al-Quran dengan huruf rumi
Soalan
Ustaz, bolehkah kita mengaji dengan membaca daripada ayat-ayat rumi? Sebab tak boleh baca al-Quran.
Fiqah
Pahang.
Jawapan
Hukum mempelajari secara rumi tidak diboleh melainkan kerana darurat seperti orang yang memang tidak boleh membaca huruf Jawi.
Maka dalam keadaan sedemikian seseorang cikgu boleh menulis ayat-ayat al Quran, seperti kalimah الحمد alhamdu, namun ia wajib dipadam selepas belajar. Ini kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab.