Layan isteri mengumpat - Utusan Malaysia

Layan isteri mengumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Apakah hukumnya melayan isteri yang suka mengumpat? Masuk saja kereta dia sudah mengumpat. Begitu juga di dalam rumah. Kalau berbual, mesti ada umpatan. Kalau tidak dilayan kata tak suka berbual dengan isteri pula?

Azman Ali
Selangor

Jawapan
Mendengar isteri mengumpat atas alasan untuk menjaga hatinya tetap hukumnya haram. Perbuatan mengumpat adalah haram dan berdosa begitu juga mendengarnya. Sebaliknya, nasihatlah isteri agar menumpukan atau bercakap perkara-perkara yang lebih mendatangkan kebaikan.

Berhutang untuk ibadah korban

Soalan
Bolehkah ibadah korban dilakukan apabila salah seorang atau bahagian dari tujuh orang yang ingin membuat korban itu membeli lembu atau melakukan ibadah korban itu dengan berhutang ternakan yang ingin dikorbankan itu? Boleh jelaskan kepada saya tentang kemusykilan ini.

Khadijah
Kuala Lumpur

Jawapan
Melakukan hutang untuk membeli seekor atau sebahagian daripada tujuh bahagian lembu adalah harus. Namun, ia tidak ada galakan daripada agama untuk berhutang bagi melaksanakan ibadah korban.

Solat Isyak pukul 4 pagi

Soalan
Ustaz, bolehkah kita solat Isyak dalam pukul 3 hingga 4 pagi kerana tertidur. Solat Isyak tamat sampai pukul berapa?

Din Nordin
Pulau Pinang

Jawapan
Hukum melewatkan solat Isyak adalah harus kerana ia masih di dalam waktu isyak. Namun tetap yang terbaik itu adalah solat di awal waktu kerana ia lebih membawa kepada membebaskan diri daripada bebanan taklif. Solat Isyak tamat apabila masuk waktu subuh.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya