Hak ayah tiri - Utusan Malaysia

Hak ayah tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apakah hak seorang bapa kepada anak-anak tirinya? Adakah dia tak perlu jaga kebajikan mereka dan tak perlu bagi mereka makan?

Hathim Ali
Melaka

Jawapan
Secara kefahaman saya, bapa tiri tidak bertanggungjawab nafkah ke atas anak-anak tirinya kerana bapa kandungnya yang diwajibkan untuk memberi nafkah namun sekiranya dia ingin membantu itu adalah sebahagian daripada ihsan dan sedekah.

Suami gaji kecil, tak boleh bayar nafkah

Soalan
Ustaz, seorang suami mengeluh tidak dapat memberi nafkah kepada isteri dengan alasan gaji kecil. Apakah hukumnya?

Nurain Mihad
Johor

Jawapan
Hukum seseorang suami tidak mampu memberi nafkah sepenuhnya kepada isterinya kerana tak cukup wang dan gaji kecil maka ia boleh dianggap sebagai hutang yang wajib dilangsaikan apabila ada duit melainkan isterinya menghalalkannya.

Pukul kucing curi makan

Soalan
Apakah hukumnya kalau kita memukul kucing yang mencuri makanan. Adakah yang memukul itu berdosa?

Fauzan Fazli
Terengganu.

Jawapan
Memukul kucing kerana mencuri makanan kita adalah terlarang kerana ia menyakitkan kucing tersebut. Keluarkanlah ia dengan tidak mencederakannya kerana kucing bukan pencuri. Ia datang untuk mencari makan dan mungkin mendoakan pemberi makanan itu.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya