Soalan
Apakah hukumnya jika kita puasa enam tetapi tak habis. Contohnya, tiga hari saja. Adakah dapat pahala puasa enam atau dikira macam mana?
Hisham Hadi
Perak
Jawapan
Secara zahirnya dia tidak dapatlah pahala puasa enam kerana berpuasa tidak cukup bilangannya, namun pahala puasa tiga hari itu tetap ada insya-Allah.
Terlupa bayar zakat fitrah
Soalan
Ustaz, bagaimana kalau kita terlupa bayar zakat fitrah? Apa hukumnya dan adakah perlu bayar juga?
Muin Omar
Pahang
Jawapan
Hukum terlupa bayar fitrah dimaafkan. Namun zakat fitrah tetap wajib diqada dan dibayar walaupun sudah berlalu Hari Raya kerana ia dianggap satu hutang yang wajib dijelaskan.
Sedekah pada bukan Islam
Soalan
Apakah hukumnya memberi sedekah kepada bukan Islam yang susah. Adakah ia dibolehkan dan dapat pahala?
Mira Razali
Johor
Jawapan
Hukum memberi sedekah kepada orang bukan Islam adalah harus dan mudah-mudahan ada pahalanya. Ini kerana terdapat kaedah yang disebut oleh ibnu Qudamah iaitu setiap sedekah sunah yang tidak wajib boleh diberikan kepada bukan Islam.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]