Puasa tetapi tidur sepanjang hari - Utusan Malaysia

Puasa tetapi tidur sepanjang hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apa hukumnya orang yang berpuasa tetapi sepanjang hari tidur. Bangun ketika
hendak berbuka puasa sahaja.

Hadi Udin
Melaka

Jawapan
Hukumnya sah puasanya. Ini kerana tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa kerana dia bukan pengsan. Bagaimanapun, dia telah merugikan waktu-waktu yang sepatutnya digunakan untuk mengejar pahala yang berlipat ganda pada bulan Ramadan ini.

Bernazar tetapi tak mampu tunaikan

Soalan
Nenek saya sebelum ini ada penyakit kanser dan setelah operasi dia bernazar untuk menunaikan umrah. Akan tetapi, faktor usia yang sudah mencecah 70-an dan keadaannya sekarang, dia tidak dapat menunaikan umrah itu. Dia menanyakan sekiranya boleh buat upah umrah untuk menggantikan nazar tersebut. Mohon pencerahan ustaz.

Hanis Suzana
Kuala Lumpur

Jawapan
Sekiranya dia memang tidak mampu untuk menunaikan nazar umrahnya maka dia boleh mewakilkan orang lain untuk melakukannya kerana umrah itu telah menjadi wajib kepadanya. Sekiranya ada harapan sembuh maka dia perlu menunggu sembuh kemudian dia menunaikan umrah nazarnya itu.

Bayar hutang orang yang tidak dapat dikesan

Soalan
Bagaimanakah cara hendak membayar hutang kepada seorang bukan Islam yang tidak tahu di mana dia berada atau telah meninggal dunia?

Liza
Sungkai, Perak

Jawapan
Dia wajib melakukan pelbagai cara untuk mencari warisnya dengan kemudahan yang ada sekarang ini seperti melalui media sosial dan sebagainya. Kalau tidak jumpa, dermalah duit hutang kepada golongan fuqara.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya