Melebihkan persiapan Hari Raya - Utusan Malaysia

Melebihkan persiapan Hari Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, sekarang ini surau dan masjid sudah mula lengang. Ramai lebih sibuk membuat persiapan Hari Raya dengan semua pusat beli-belah penuh. Apa pandangan ustaz?

Asraf Said
Kempas, Johor.

Jawapan
Pada saya ini adalah budaya atau perbuatan yang menjadikan kita jauh daripada Sunnah Nabi yang agung. Namun perubahan perlukan kepada masa dan ilmu, agar budaya hiburan dan menurut kehendak nafsu ini tidak menggantikan amalan beribadat pada bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi fokus pada bulan ini.

Tiada masalah pelihara kucing

Soalan
Ustaz, saya ada mendengar ceramah di Tiktok, ustaz itu berkata kucing-kucing sepatutnya tidak dijaga di dalam rumah dan biarkan tinggal di atas pokok saja dan Rasullulah sendiri tak pelihara kucing. Betulkah begitu?

Rizal
Selayang

Jawapan
Penjagaan kucing adalah perkara baik dengan syarat tidak mengganggu jiran tetangga dan tidak menzalimi kucing tersebut walaupun terdapat dakwaan Nabi tidak pernah memeliharanya.

Perlu qada puasa atau fidyah

Soalan
Ustaz, saya pengidap sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi yang mempunyai jadual makan ubat siang. Jika saya tak berpuasa, adakah saya dikenakan fidyah atau qada puasa?

Putera Merdeka
Perak

Jawapan
Sekiranya tidak boleh berpuasa pada waktu yang saudara tidak sihat maka boleh berbuka dan menggantikan pada hari yang saudara mampu. Jika tidak boleh, sakit seumur hidup tanpa ada hari mampu berpuasa, barulah boleh digantikan dengan fidyah.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya