Wanita haid makan di khalayak ramai - Utusan Malaysia

Wanita haid makan di khalayak ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Di tempat kerja saya, apabila Ramadan ramai wanita yang tidak boleh berpuasa mungkin datang haid makan tanpa segan silu di pejabat. Apa hukumnya ustaz? Bolehkah makan di khalayak ramai walau tidak boleh berpuasa?

Silau mata
Kuala Lumpur

Jawapan
Hukum berpuasa bagi wanita haid adalah haram secara ijma. Namun digalakkan di bulan Ramadan untuk tidak menunjuk-nunjuk makan di tengah orang ramai agar tidak menimbulkan perasaaan yang tidak sedap dalam kalangan rakan sekitar. Carilah tempat yang sesuai untuk makan paling kurang pun di tempat duduk sendiri yang mempunyai halangan supaya tidak dapat dilihat oleh orang yang berpuasa. Ia tidaklah haram untuk mereka makan kerana keuzuran syarak.

Malas bangun sahur

Soalan
Apakah hukumnya berpuasa tetapi tidak bangun sahur di awal subuh kerana malas. Awal-awal pukul 10 malam dah makan untuk sahur.

Noni bahari
Negeri Sembilan

Jawapan
Hukum sengaja tidak bangun sahur adalah makruh kerana meninggalkan sunnah. Waktu bersahur adalah selepas tengah malam kira kira 1.30 malam.

Syaitan diikat di bulan Ramadan?

Soalan
Betulkah bila bulan puasa syaitan dan hantu diikat? Mengapa ada yang masih melakukan dosa maksiat di bulan Ramadan?

Kamaruldin
Johor

Jawapan
Maksud syaitan diikat ini berkemungkinan bersifat metafora itu bukan secara hakikatnya. Mungkin maknanya dipermudahkan kita melakukan ibadat puasa dan yang lain-lain.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya