Soalan
Apakah hukumnya memukul kucing jiran yang suka membuang najis di halaman rumah. Adakah berdosa pukul kucing? Bolehkah jiran membiarkan kucingnya membuang najis merata-rata di rumah jiran sebelahnya?
Shahir
Bukit Mertajam.
Jawapan
Hukum memukul kucing adalah haram walaupun haiwan itu membuang najis di rumah. Yang sepatutnya perlu ditegur adalah tuan kucing tersebut. Tegur dengan baik manakala pemilik kucing pula mestilah menjaga kucing mereka agar tidak mengotori rumah orang lain.
Berdoa untuk kawan bukan Islam
Soalan
Bolehkah kita meminta kepada Allah agar kawan yang bukan Islam jauh daripada kesusahan dan penyakit?
Nurul
Tanjung Malim.
Jawapan
Harus kita berdoa kepada Allah Taala agar memberi kebaikan kepada orang bukan Islam kerana ia adalah sebahagian kebaikan iaitu al birru kepada mereka.
Bercerita keburukan suami
Soalan
Apakah hukumnya isteri yang suka bercerita pada kawan-kawan tentang perangai buruk suaminya dan pada masa sama suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami orang lain?
Zul
Temerloh
Jawapan
Hukum menceritakan keaiban suami adalah terlarang apatah lagi dengan niat menjatuhkan maruah suami walaupun dengan alasan menegakkan keadilan. Sepatutnya, para isteri tahu saluran mana yang mereka boleh menceritakan masalah seperti kaunselor atau seumpamanya.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]