Cabut tanaman jiran tanpa minta izin - Utusan Malaysia

Cabut tanaman jiran tanpa minta izin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Apakah hukumnya mencabut tanaman jiran di sebelah rumah tanpa meminta izin untuk tujuan pembinaan parit walaupun jiran tersebut diam akan perbuatan itu?

Dian
Subang Jaya

Jawapan
Tidak boleh mencabut rumput atau tanaman jiran tanpa izin tuan rumah kerana ia berkaitan dengan pemilikan dan hak seseorang. Kalau sudah terbuat demikian wajib untuk memohon maaf daripada tuan rumah. Dalam Islam, jiran perlu dihormati kerana ia bersangkutan dengan iman seseorang dan perlu menjaga hubungan baik dengan mereka.

Tidak minta izin suami jumpa rakan lelaki

Soalan
Apakah hukumnya seorang isteri tidak minta izin suami untuk keluar minum dengan seorang lelaki atas alasan kerja?

Zack
Seremban

Jawapan
Hukumnya adalah terlarang apatah lagi ia boleh mendatangkan kemudaratan. Lebih baik mengelak kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan perasaan syak wasangka suami.

Perawat berdamping dengan jin

Soalan
Bolehkah seseorang perawat itu berdamping dan berkawan dengan jin walaupun atas nama perubatan Islam?

Muin
Temerloh

Jawapan
Hukum berdamping dengan jin adalah terlarang walaupun di atas nama perubatan Islam sekali pun. Cukuplah dengan membaca doa dan zikir untuk rawatan berkaitan gangguan jin dan sebagainya.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya