Soalan
Ustaz, apa hukumnya menggunakan duit simpanan anak untuk beli barang-barang keperluan dapur dan bayar bil-bil di rumah?
Sidek Mansor
Johor
Jawapan
Hukum mengambil duit simpanan anak adalah tidak diharuskan. Namun kalau sudah terguna atau terpaksa kerana kesempitan hidup, maka ia dianggap hutang yang wajib dibayar kepada mereka apabila sudah mempunyai wang.
Perihal mandi wajib
Soalan
Sah atau tidak mandi wajib jika niat kemudian meratakan air pada badan yang bersabun dan ada syampu? Maksudnya bukan pada badan yang bersih. Adakah tidak sah? Jika tidak sah, bagaimana status ibadah selama ini?
Amy
Perak
Jawapan
Sekiranya mandi wajib dibasuhkan air pada badan kotor atau ada sabun Insya-Allah sahih. Cuma yang terbaik basuhkan sekali lagi untuk lebih berjaga-jaga dan keluar daripada khilaf.
Minta cerai kerana poligami
Soalan
Bolehkah meminta cerai kerana tidak mahu dimadukan? Jika tidak boleh adakah berdosa minta cerai kerana tidak mahu suami kahwin lagi satu?
Leha Idin
Kedah
Jawapan
Sekiranya tidak ada munasabah yang kuat maka tidak boleh meminta cerai sekiranya berlakunya poligami kerana poligami adalah harus jika terdapat keadaan yang sangat menyeksakan dan tidak boleh dirawat. Seeloknya bersabar dan mempertahankan perkahwinan.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]