Soalan
Ustaz, betulkah saya dengar ada jenis-jenis kentut yang tidak membatalkan solat?
Hakimi Harun
Pahang.
Jawapan
Secara amnya semua jenis kentut membatalkan wuduk dan solat melainkan kalau terdapat penyakit kentut yang dinamakan salisih al rih.
Maka di dalam keadaan sedemikian ia dimaafkan cuma boleh diamalkan satu solat fardu saja. Sekiranya dia menunaikan solat fardu yang lain maka dia wajib mengambil wuduk yang baru.
Kucing bantu masuk syurga?
Soalan
Ustaz, betulkah kucing tidak masuk syurga tetapi akan menunggu tuannya di titian sirat membantu tuannya masuk syurga atas kebaikannya? Yang ini saya baca dalam media sosial.
Fatihah Razzi
Johor
Jawapan
Saya tidak pasti keadaannya cerita tersebut sejauh mana kesahihannya. Yang penting melakukan kebaikan kepada makhluk lain termasuk haiwan adalah perkara makruf dan sangat tinggi pahalanya dan berdosa sekiranya kita menyakiti atau menzalimi haiwan ini.
Tak khusyuk solat
Soalan
Ustaz, bagaimanakah untuk saya khusyuk dalam solat. Ada saja perkara terlintas di fikiran. Contoh, hal kerja atau makan.
Apik Shafik
Selangor.
Jawapan
Untuk mendapatkan kekhusyukan di dalam solat maka mulakan solat sunat dahulu agar nanti bila hendak solat fardu ia mampu membantu kita untuk khusyuk. Selain itu, perbanyakkanlah istighfar dan selawat.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]