Enggan kahwin kerana tidak suka budak-budak? - Utusan Malaysia

Enggan kahwin kerana tidak suka budak-budak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apa hukumnya orang yang tidak mahu berkahwin dengan alasan lebih suka hidup bebas dan tidak suka dengan suara bising dan tangisan budak-budak?

Nurhisham Ali
Shah Alam

Jawapan
Hukumnya makruh. Ini kerana kahwin ini adalah satu sunnah para Anbiya dan ia mempunyai matlamat yang mulia antaranya menjaga diri daripada godaan syahwat. Alasan-alasan kecil seperti tidak suka suara tangisan kanak-kanak itu alasan yang sangat lemah.

Ibu bapa tidak solat

Soalan
Ustaz, bagaimana kita mahu menegur ibu bapa yang tidak solat walaupun sudah tua? Takut nanti berkecil hati.

Shah
Kempas, Johor.

Jawapan
Kepada ibu bapa yang tidak mahu menunaikan solat cukuplah sekali menasihatkan mereka dengan suara yang rendah tanpa memarahi mereka. Sekiranya mereka tidak mahu mendengarnya cukuplah sekadar berdoa agar mereka diberi hidayah oleh Allah SWT.

Tidak bertegur sapa dengan jiran

Soalan
Apa hukumnya jiran yang tidak bertegur sapa walaupun tinggal bersebelahan. Terserempak pun susah nak senyum.

Aina
Melaka.

Jawapan
Sekiranya mereka tidak bertegur sapa kerana pergaduhan maka tidak boleh lebih dari tiga hari. selepas itu mereka perlu berdamai. Sekiranya mereka tidak bertegur sapa itu bukan kerana pergaduhan tetapi kerana tidak berjumpa disebabkan kesibukan masing-masing tanpa ada niat buruk maka insya-Allah ia dimaafkan dan tidak berdosa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya