Soalan
Ustaz, betulkah dalam media sosial TikTok ada seorang ustaz beritahu, jika kita suka sangkut baju di dinding atau belakang pintu, jin-jin suka bergantung di situ? Macam mana pula letak dalam almari? Jin suka duduk dalam almari jugakah?
Halim Zaidi
Kedah.
Jawapan
Saya tak jumpa mana-mana dalil yang menyatakan kebenaran tentang tersebut. Perkara ini hanyalah cakap-cakap tepi jalan yang tak boleh dijadikan sandaran.
Isteri mengadu di media sosial
Soalan
Ustaz, apa hukumnya seorang isteri yang suka meluahkan perasaan dan mengadu di media sosial tentang perangai suaminya? Gaduh sikit letak di media sosial.
Ahmad Nizam
Perak.
Jawapan
Hukum seorang isteri meluahkan perasaan kepada media sosial adalah terlarang kerana ia akan mengaibkan pasangan masing-masing. Sebaliknya, pengaduan ini perlulah kepada yang berkelayakan seperti tempat kaunseling atau pejabat agama atau kepada orang jujur dalam memberi nasihat bukannya kepada semeja orang kerana ia akan menambahkan kedukaan. Yang terbaik adalah mengadu kepada Allah Taala.
Tinggal solat bertahun wajib qada
Soalan
Bagaimana untuk kita qada solat kita yang bertahun-tahun ketika tak solat semasa muda, sekarang baru insaf?
Man Karim
Johor.
Jawapan
Solat-solat yang ditinggalkan sudah bertahun-tahun tetap wajib diqada kerana ia dianggap sebagai hutang kepada Allah dan ia tidak dapat dihapuskan melainkan dengan qada. Qadalah pada setiap waktu solat dengan termampu semoga Allah Taala mengampunkan dosa kita semua.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]