Betulkah isteri kedua perampas? - Utusan Malaysia

Betulkah isteri kedua perampas?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, saya adalah isteri kedua. Masalahnya, isteri per­tama sering mencaci saya dikata berdosa besar merampas suami orang. Walhal saya tidak pernah pun menyuruh suami saya menceraikan isteri pertamanya. Malah keba­nyakan masa suami saya di rumah isteri pertama. Berdosa besar kah saya?

Nur Hidayah Fikri
Perak.

Jawapan
Puan tidak berdosa kerana bukannya melakukan maksiat kerana sudah bernikah. Tindakan mencaci puan adalah ber­dosa kerana hukum mencaci adalah haram sedangkan kita pun ditegah mencaci bina­tang oleh Nabi agung kita, inikan pula mencaci manusia. Puan banyakkan bersabar dan berdoa agar dia dapat menerima kenyataan. Apa pun maafkanlah dia kerana hatinya terluka.

Solekan untuk tontonan wanita

Soalan
Ustaz, apa hukumnya seorang wanita menunjukkan cara-cara bersolek di media sosial yang ditonton oleh ramai lelaki walaupun dia bertudung?

Mila Azuwa
Johor

Jawapan
Hukum bersolek dan memperlihatkan muka untuk kandungan media sosial boleh membawa kepada haram se­kiranya ia bersifat menunjuk-nunjuk dan membawa kepada tim­bulnya syahwat, sebaliknya cukup membuat aksi yang me­nunjukkan solekan yang simple dan disebutkan pa­da rakaman tersebut adalah wanita sahaja yang boleh menontonnya.

Baca surah dalam hati di tandas

Soalan
Betulkah boleh membaca surah-surah tertentu contohnya An Nas di dalam tandas tetapi dibaca dalam hati untuk tujuan agar dilindungi syaitan?

Hathim Halim
Melaka.

Jawapan
Boleh sahaja membaca surah An Nas di dalam hati ketika berada dalam tandas kerana larangan adalah dengan mulut namun sebaiknya bacalah sebelum masuk tandas.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya