Orang muda patut penuhi masjid - Utusan Malaysia

Orang muda patut penuhi masjid

Wan Abdul Rashid Wan Muhamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Masjid dan surau bukan untuk orang tua-tua saja. Sebaliknya orang muda sepatutnya kerap dan memenuhi masjid untuk solat berjemaah dan aktiviti-aktiviti lain.
Menganggap bahawa masjid dan surau adalah tempat orang tua dan warga yang sudah pencen adalah satu anggapan yang salah.
Rumah Allah itu harus diimarahkan oleh setiap golongan umat Islam tidak mengikut usia dan darjat.
Ulama Wan Abdul Rashid Wan Muhamad berkata, kehadiran golongan muda ke masjid itu sekurang-kurangnya dapat memberi kesedaran ke arah kebaikan yang memudahkan seseorang itu menghindarkan larangan atau kejahatan.
“Pada usia muda seboleh-bolehnya luangkan masa untuk menunaikan solat berjemaah kerana banyak manfaatnya.
“Ini kerana selesai solat, ceramah agama akan diselitkan kepada jemaah dan daripada situ kita boleh mendapat ilmu sedikit demi sedikit.
“Tidak mustahil lama-kelamaan apa yang disampaikan menerusi ceramah itu akan memberi pengajaran dan pedoman untuk kehidupan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di rumahnya di Kampung Kutan, Tumpat, Kelantan, baru-baru ini.
Wan Abdul Rashid yang juga cicit Syeikh Wan Ali Kutan berkata, pegangan agama di peringkat usia muda juga boleh memberi contoh kepada ahli keluarga mereka terutama yang di bawah umur.
Dalam pada itu beliau berkata, sesuatu musibah yang berlaku di dunia, mungkin merupakan pengajaran kepada manusia.
Oleh itu, manusia diingatkan jangan lupa sepanjang hidup di muka bumi Allah.
Katanya, kejadian seperti gempa bumi atau tsunami pernah berlaku di negara luar sehingga hampir memusnahkan keseluruhannya dan yang tinggal hanya masjid.
“Jadi kita sebagai manusia harus mengambil iktibar apa yang berlaku seperti di negara luar sebelum ini.
“Mungkin apa yang berlaku itu ada sebab musababnya kerana manusia lalai dengan melakukan sesuatu perkara yang dilarang Allah.
“Contohnya, masyarakat bebas bergaul tanpa batasan tidak mustahil boleh menjerumuskan ke arah zina,” katanya.

Wan Abdul Rashid Wan Muhamad
» Tarikh Lahir: 12 Disember 1939
» Tempat Lahir: Kampung Kutan, Tumpat
» Adik beradik : Anak bongsu daripada dua beradik
» Pendidikan:
* Sekolah Kebangsaan ( SK) Pasir Pekan, Tumpat
* Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Ulum Padang Embun, Pasir Mas
* Pondok Haji Hasan, Pasir Mas
* Bekas guru Maktab Perguruan Islam Kota Bharu
* Pondok Ihya Al-Ulum, Pasir Mas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya