Suami jadi suri rumah - Utusan Malaysia

Suami jadi suri rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Apa hukumnya suami menjadi suri rumah. Tidak bekerja tetapi membuat kerja-kerja rumah manakala isteri bekerja. Walaupun isteri tiada halangan kerana ada orang menjaga anak-anak di rumah, tidakkah suami perlu memberi nafkah?

Jun Aini
Kuala Lipis.

Jawapan
Hukum asal untuk menjadi suri rumah adalah isteri bukan suami. Ini kerana suami yang diwajibkan oleh syarak untuk memberi nafkah kepada isteri dan keluarga. Namun sekiranya terdapat isteri yang bersetuju untuk suami menjadi suri rumah di atas keredaannya maka tidak salah. Namun bukan menjadi satu petunjuk atau konsep masyarakat Muslim. Ia hanyalah berlaku kepada kes-kes yang terdapat reda isteri sahaja.

Beri nafkah dulu,
baru sedekah

Soalan
Bolehkah isteri rasa cemburu kerana suami suka bersedekah pada orang lain tetapi dengan isteri dia jarang sekali beri wang?

Nuraida Muhid
Tangkak

Jawapan
Sekiranya isteri itu cemburu pada sedekah yang diberikan kepada mereka yang layak dan tidak mengganggu nafkahnya maka dia perlu beristighfar. Namun kalau mengganggu nafkah kewajibannya maka dia berhak cemburu dan menegur suaminya agar mengutamakan nafkah terlebih dahulu.

Boleh ziarah kebumi bukan Islam

Soalan
Bolehkah seorang Muslim menghadiri pengebumian kawannya yang bukan Islam.

Khir Alim
Sungai Siput

Jawapan
Hukum menghadiri majlis pengebumian rakan bukan Islam adalah harus selama mana kita tidak melakukan perkara-perkara yang tidak terlarang di dalam agama Islam.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya