Jangan abai didikan agama anak-anak - Utusan Malaysia

Jangan abai didikan agama anak-anak

Ustaz Lee Kitab
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

“WALAU sesibuk manapun, didikan agama kepada anak-anak tidak boleh diabaikan sama sekali, lebih-lebih lagi dalam dunia serba moden ini yang amat mencabar ini.”
Demikian antara pesan Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra, Machang, Kelantan, Roslee @ Mohamad Ismail yang lebih mesra disapa sebagai Ustaz Lee Kitab.
Kata beliau, didikan agama bukan sekadar makanan rohani, malah ia juga membentuk sahsiah dan jati diri golongan muda.
“Perkara ini jugalah yang turut menjadi keutamaan saya dalam membesarkan anak-anak seramai empat orang yang kini berusia antara 18 hingga 29 tahun. Alhamdulillah mereka mengikut jejak langkah saya apabila turut menyambung pengajian dalam bidang yang menjurus kepada agama Islam,” katanya baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Ustaz Lee Kitab berkata, membesarkan anak-anak dalam era kemodenan jauh lebih mencabar kerana mereka terdedah dengan kecanggihan teknologi tanpa batasan.
“Hanya dengan ilmu agama yang diterap sejak kecil mampu menjadi benteng kepada mereka,” terangnya.
Bercerita tentang latar belakang diri, Ustaz Lee Kitab berkata, kerana minat untuk berdakwah sejak usia belasan tahun, beliau melanjutkan pelajaran hingga memperoleh Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Malaya (UM). Kerjaya beliau kemudiannya bermula sebagai guru di Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Tanggungjawab hakiki dan berdakwah bagaimanapun tidak menghalang Ustaz Lee Kitab menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Syariah di UM
“Pekerjaan sedia ada tidak membataskan saya untuk terus mencari ilmu sebagaimana ungkapan tuntutlah ilmu hingga ke China,” katanya.
Tambahnya, satu lagi tugas besar digalas beliau ketika ini adalah mencari jalan mengajak masyarakat mengimarahkan masjid dalam suasana pandemik.
“Kita tidak mahu masyarakat menjauhkan diri dari masjid hanya kerana kekangan SOP. Sebaliknya, pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan masjid masih boleh diteruskan asalkan kita menjaga SOP. Harapan kita agar usaha ini dapat menggalakkan golongan muda untuk bukan sahaja beribadat, malah menyertai pelbagai aktiviti di masjid sebagaimana di zaman Rasullulah SAW,” katanya.

USTAZ ROSLEE@MOHAMAD ISMAIL
» Umur: 55 tahun
» Asal: Kelantan
» Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Gong Dermin,Kota Bharu,Kelantan
Sekolah Menengah Agama Taqaddum Al-Maarif, Pasir Tumbuh,Kota Bharu,Kelantan
Sekolah Menengah Agama Tarbiah Al-Mardhiah,Panchor,Kota Bharu,Kelantan
Maahad Muhammadi Pasir Pekan,Kota Bharu,Kelantan
Universiti Of Islamic Studies Karachi,Pakistan
Universiti Al-Azhar Kaherah,Mesir
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Malaya
Pengalaman Kerja:
 Guru Yayasan Islam Kelantan(YIK) 2007-2009
 Imam Masjid Mukim Seterpa Banggu,Kota Bharu,Kelantan 2008-2009
 Imam Masjid Ismail Petra Tanah Merah,Kelantan 2009-2017
 Pegawai Hal Ehwal Masjid MAIK 2017-2019
 Imam Masjid Sultan Mansor Kampung Sireh,Kota Bharu,Kelantan 2019-2020
 Imam Masjid Sultan Yahya Petra Machang,Kelantan 2020 hingga sekarang
Tugas Hakiki: Imam Tua Masjid Sultan Yahya Petra Machang, Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya