Hutang isteri kena bayar - Utusan Malaysia

Hutang isteri kena bayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, suami saya sering berhutang duit dengan saya dan berjanji akan bayar. Tapi sehingga kini masih tidak bayar satu sen pun. Saya pernah minta tapi dia marah dan kata hutang dengan isteri tak wajib bayar. Betulkah ustaz?

Nabilah Nasar
Pasir Gudang

Jawapan
Kenyataan tersebut tidak tepat sama sekali. Hutang kepada isteri tetap wajib dibayar. Ia tidak akan terlepas melainkan dengan membayar atau si isteri menghalalkannya.

Mandi tujuh
kolah masjid

Soalan
Ustaz, apa hukumnya berubat dengan mandi tujuh kolah masjid untuk sembuhkan penyakit. Adakah ini dibolehkan atau syirik?

Zulkhari
Bukit Tinggi

Jawapan
Ia tidak tepat sebab kita pun tidak mengetahui status kebersihannya apatah lagi kalau air itu mustakmal. Tidak kedengaran rawatan sedemikian daripada salaf. Tidak boleh diqiaskan air wudhu baginda Nabi yang mulia dan penuh dengan barakah yang diriwayatkan tidak pernah gugur air wudhu Baginda ke tanah kerana para sahabat mengambilnya.

Mulut berbuih suul khatimah?

Soalan
Ustaz, betulkah antara tanda-tanda kematian yang tidak elok itu mulut si mati berbuih ketika nazak? Dan betulkah kalau mati tak sempat mengucap itu kematian yang tak baik juga?

Mustafa Halim
Jerantut

Jawapan
Tidak benar mulut berbuih itu tanda suul khatimah kemungkinan ada sebab lain. Adapun tidak mengucap tidak semestinya ia suul khatimah kemungkinan dia mengucap di dalam hatinya dan tidak mampu mengucap secara lisan. Yang penting kita sentiasa mendoakan kebaikan kepada kematian mereka. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya