Haram bela saka - Utusan Malaysia

Haram bela saka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Apa hukumnya orang yang membela saka yang diperturunkan oleh ibu bapanya kerana sukar untuk dibuang tetapi pada masa sama dia menjaga solatnya?

Taufik Sazli
Benut, Johor

Jawapan
Hukum membela jin adalah haram, walau apa jua penjenamaannya sama ada saka atau belaan dan sebagainya. Ia adalah haram kerana ia benda khurafat dan berkawan jin atau syaitan. Dia wajib melepaskan diri walaupun dia menunaikan solat.

Cara ganti puasa lama

Soalan
Ustaz, macam mana kita hendak mengganti puasa di bulan Ramadan yang dulu-dulu yang kita tak pasti berapa hari kena ganti?

June Jaafar
Paroi, Negeri Sembilan

Jawapan
Cara menggantikan puasa yang lama dengan cuba mengingati dan mengambil cara atau bilangan yang maksimum agar kewajipan itu dapat ditunaikan dengan yakin. Buat secara tersusun insya-Allah lama kelamaan habis.

Makruh tak jawab azan

Soalan
Ustaz, bolehkah kita menunaikan solat fardu tanpa menunggu azan di surau atau masjid yang kita tahu dan yakin lewat berkumandang?

Fazli Abu Shah
Jitra, Kedah.

Jawapan
Hukum menunaikan solat tanpa menunggu azan dan iqamah adalah sah cuma makruh kerana kita tidak menjawab azan kerana disunatkan kita menjawab azan.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada
Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada
[email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya