Tips hadapi bebelan isteri - Utusan Malaysia

Tips hadapi bebelan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, mungkin boleh bagi tips macam mana hendak menangani isteri yang suka membebel dan membantah cakap suami?

Firhad Adin
Johor

Jawapan
Tipsnya senang tetapi mujarabnya susah. Mungkin boleh membawa isteri melihat orang yang susah atau membawa dia pergi menimba ilmu agama. Ini boleh membawa kepada pembinaan akhlak yang baik.

Berbakti kepada
arwah ibu bapa

Soalan
Ustaz, apakah cara terbaik untuk berbakti atau memberi pahala kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia?

Nurhasanah Hasan
Perak

Jawapan
Cara terbaik untuk berbakti kepada ibu bapa yang me­ninggal dunia adalah kita bersedekah untuk dia, mendoakan untuk dia, membaca al-Quran untuk dia dan berbakti kepada orang kesayangan mereka.

Langsaikan hutang
dengan sedekah

Soalan
Bagaimanah caranya untuk melangsaikan hutang lapuk? Tidak dapat menghubungi orang yang kita hutang itu atau orang yang kita hutang itu sudah meninggal dunia?

Saiful
Melaka

Jawapan
Hutang adalah satu perkara yang tetap yang tidak boleh dihapuskan atau dihalalkan oleh pemilik. Namun di dalam keadaan yang penghutang tidak menjumpai pemilik atau pewaris maka dia boleh sedekahkan wang tersebut kepada badan kebajikan atau masjid dengan niat untuk pemilik tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya