Soalan
Ustaz, apa hukumnya suami yang gagal menyuruh isterinya menutup aurat walaupun suaminya orang yang warak dan bergelar ustaz? Adakah dia menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat?
Din Zainal
Ipoh, Perak
Jawapan
Sekiranya si suami sudah berusaha menasihati isterinya untuk memakai tudung maka sekiranya isteri tetap tidak menjaga aurat maka suami tidak berdosa. Namun kalau dia cuai di dalam menasihati maka dia dianggap berdosa kerana tidak mencegah kemungkaran isterinya.
Berdosa besar percaya bomoh
Soalan
Apa hukumnya orang yang syirik? Seperti menggunakan bomoh untuk menyembuhkan penyakit atau membuat upacara memagar rumah? Adakah dosa syirik ini diampunkan Tuhan?
Basir Dahlan
Skudai Johor.
Jawapan
Menggunakan bomoh secara syirik adalah haram dan berdosa besar. Ini kerana dia mempercayai kuasa lain daripada Tuhan. Sekiranya dia tidak menghalalkan perbuatan tersebut maka dia tidak kafir, sekiranya dia halalkan perbuatan tersebut maka dia menjadi kafir.
Solat jamak tak perlu bermalam
Soalan
Ustaz, solat jamak perlukah bermalam? Contohnya, saya dari Kuala Lumpur ke Melaka tetapi tidak tidur di situ. Balik semula ke Kuala Lumpur.
Nur Atiqah Faisal
Temerloh, Pahang
Jawapan
Tidak disyaratkan untuk melakukan jamak bermalam di tempat musafir boleh saja balik dengan syarat cukup dua marhalah.