Suami tengok video lucah - Utusan Malaysia

Suami tengok video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Suami saya tidak tinggal solat malah selalu solat sunat. Tapi masalahnya dia ada banyak group WhatsApp kawan-kawan yang menghantar gambar dan video lucah dan suami saya melihatnya. Apa hukumnya melihat gambar dan video lucah? Apakah amalannya diterima?

Junaidah Ahmad,
Kuala Lumpur.

Jawapan
Hukum terhadap suami puan adalah dia telah melakukan dosa kerana melihat gambar dan video lucah kerana dia melihat kepada perkara yang menimbulkan syahwat dan menjadikan pembaziran waktu kepada perkara sia-sia yang haram. Apa yang dia lakukan dalam solat adalah terpuji dan puan kena berusaha melayan nafsu suami agar dia menyalurkan syahwatnya kepada tempat yang halal.

Melewatkan solat

Soalan
Saya seorang peniaga makanan. Disebabkan kerja saya ini sibuk, saya selalu lewat solat iaitu di hujung-hujung waktu dan tergesa-gesa. Apa hukumnya solat lewat dan tergesa-gesa menghabiskan solat?

Amiruddin Amin,
Melaka.

Jawapan
Hukum melewatkan solat adalah makruh, namun kalau solat di akhir waktu ia adalah solat yang wajib kerana jika dia tidak solat maka dia berdosa. Solat akhir waktu juga termasuk di dalam golongan yang lalai.

Adil berpoligami, elak dosa berterusan

Soalan
Apa hukumnya suami yang beristeri dua tetapi berat sebelah. Hanya mengutamakan sebelah pihak saja dari segi pemberian nafkah zahir dan batin dengan mengharapkan isteri yang seorang lagi agar memahami kemampuannya.

Zalina Zakaria,
Pahang.

Jawapan
Kewajiban kepada suami adalah berlaku adil dalam pembahagian waktu dan nafkah zahir dan batin, kalau tidak dia berdosa melainkan puan memaafkan dia. Jadi puan berbincang elok-elok agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik agar dia tidak berpanjangan dalam dosa.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya