Soalan
1. Bolehkah membayar fidyah sebab terlupa ganti puasa?
2. Apa hukumnya mengganti puasa Ramadan di saat-saat akhir?
Fatimah Harun, Melaka
Jawapan
1. Yang wajib dan diutamakan adalah menggantikan puasa. Selepas menqada barulah perlu membayar fidyah. Melainkan seseorang itu memang sakit tak boleh sembuh barulah membayar fidyah.
2. Hukum menqada puasa sehingga hendak masuk Ramadan ia adalah harus selagi tidak melebihi kadar puasa yang dituntut. Kalau masih tidak cukup maka dia berdosa. Misalnya, dia ada hutang puasa 10 hari namun dia mula qada puasa 22 Syaaban maka ketika itu jatuh dosa.