Soalan
1. Apakah hukumnya menayang segala makanan untuk berbuka di media sosial?
2. Mana lebih baik, niat puasa sebulan atau setiap hari?
Marina, Perak
Jawapan
1. Hukum menayang makanan di media sosial bergantung kepada niat. Kalau niat untuk berniaga tidak mengapa. Tetapi kalau niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai adalah haram.
2. Sudah tentu niat tiap-tiap hari adalah lebih afdal kerana makin banyak perbuatan makin banyak pahala. Maka niatlah setiap hari.