Soalan
1. Saya mengidap penyakit diabetes, bolehkah saya berpuasa?
2. Ketika bersolat, tertelan sisa makanan di dalam mulut. Adakah batal puasa?
Zulhadi
Selangor
Jawapan
1. Boleh orang yang mengalami diabetes berpuasa sekiranya tidak mempunyai masalah kesihatan. Namun sekiranya membahayakan nyawanya maka boleh dia berbuka dan menggantikan pada waktu dia sihat.
2. Sekiranya sisa makanan tersebut sedikit yang ketika tertelan itu tidak perasan dan tidak ada niat untuk makan maka tidak batal. Tetapi kalau dia mampu untuk membuangnya dan niat untuk makan maka terbatal solatnya. Begitu juga hukum yang sama dalam puasa.