Soalan
1. Sah atau tidak solat tarawih sekiranya tidak membuat solat witir? Dan bolehkah baca surah yang sama dalam solat tarawih?
2. Bolehkah kita berdoa ikut kehendak kita dalam solat tarawih? Atau kena ikut doa yang khusus?
Fiza Ali, Gombak
Jawapan
1. Sah solat tarawih tanpa melakukan solat witir cuma kurang cantiklah kerana solat tarawih adalah witir. Boleh membaca surah yang sama yang dibaca di dalam tarawih dibawa kepada witir.
2. Boleh sahaja berdoa dengan apa-apa yang kita ingin dan hajatkan selagi mana doa kita itu bukan membawa kepada maksiat.