Tahun 2021 menjadi tahun keenam pembabitan pelakon tinggi lampai, Luqman Hafidz dalam arena lakonan. Biarpun namanya belum panas kerana tidak terpalit dengan kontroversi, dia bersyukur tawaran tetap ada. Malah selepas lebih 64 persembahan pentas teater muzikal Ola Bola, rezeki pelakon berusia 30 tahun itu masih berpihak dalam bidang lakonan. “Alhamdulillah nama saya bersih daripada sebarang kontroversi. Bahkan, saya tidak ralat andai mengecap populariti sedikit lewat, kerana saya percaya percaturan-Nya ada hikmah terbaik untuk diri saya. “Setidaknya saya masih ada tawaran berlakon, itu lebih baik. Tidak enak pula didengar kalau popular…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya