Soalan
1. Mana lebih afdal antara solat hajat bersendirian atau berjemaah yang kadang-kadang diamalkan di masjid kita.
2. Bolehkah saya puasa sunat selepas 15 Syaaban?
Helmi, Kuantan
Jawapan
1. Yang lebih afdal adalah menunaikan solat hajat bersendirian kerana boleh dipanjangkan doa apa yang kita inginkan. Namun begitu boleh sahaja melakukan solat hajat dengan berjemaah kerana tiada dalil melarang solat hajat berjemaah.
2. Menurut mazhab Syafie tidak boleh berpuasa selepas Nisfu Syaaban bagi mereka yang tidak melakukan puasa-puasa sunat sebelum itu. Ini adalah untuk memberi lebih bertenaga berpuasa di bulan Ramadan. Namun kalau dia terlampau hendak berpuasa sunat kerana timbul semangat luar biasa bolehlah dia bertaqlid kepada mazhab Hanbali yang mengharuskan berpuasa sunat selepas Nisfu Syaaban.