Soalan
1. Apakah sah solat seseorang sekiranya sewaktu solat terimbas atau terbayang sesuatu yang tidak elok ( seperti orang bercium).
2. Bagaimana caranya untuk khusyuk dalam solat?
Wan Halim
Bidor
Jawapan:
1. Tidak batal solat seseorang yang tiba-tiba terbayang tentang seks atau perkara lucah cuma mengurangkan pahala solat dan tidak beradab dengan Allah SWT. Perbanyakkan istighfar dan lawan nafsu itu.
2. Di antara kaedah untuk khusyuk solat adalah dengan mengingati azab api neraka atau nikmat syurga atau dengan memahami ayat-ayat al- Quran.