Soalan
1. Bilakah waktu qada solat? Adakah perlu ikut qada solat Subuh pada waktu subuh atau qada solat Zuhur pada waktu Zuhur?
2. Apakah hukumnya memakai telekung yang nipis walaupun sekeliling semua perempuan atau solat sendirian?
Bahariah Jamil
Skudai, Johor
Jawapan
Di dalam mazhab Syafie, tidak ada waktu khusus untuk qada solat fardu. Apabila seseorang itu bangun dari tidur dan terlepas dia boleh qada solat pada siang hari itu. Tidak ada tertib di dalam menqada solat. Dia boleh memulakan dengan mana-mana solat dia ingat qadakan kerana tertib hanya berlaku pada waktu solat tunai dengan mengikut waktunya. Cuma satu perkara penting, sesiapa yang tinggal solat dengan sengaja dia wajib qada segera dan sesiapa yang tidak tinggal solat secara tidak sengaja maka disunatkan dia menqada segera.
2. Hukum memakai tudung atau telekung yang nipis yang menampakkan rambut dan warna kulit membatalkan solat walaupun di hadapan wanita sahaja kerana antara syarat sah solat adalah menutup aurat.