Soalan
1. Jatuhkah talak jika suami terlintas untuk menceraikan atau ada niat tetapi di dalam hati?
2. Apakah boleh mencanang diri berpuasa sunat di media sosial? Apa hukumnya ustaz?
Abu Ya, Cheras, Kuala Lumpur
Jawapan
1. Talak tidak jatuh tanpa lafaz. Ia perlu kepada lafaz talak dalam keadaan dia waras. Sekadar dia terlintas atau menjatuhkan di dalam hati tidak jatuh.
2. Sekiranya tujuannya untuk menunjuk maka ia haram tetapi kalau untuk memberi semangat kepada orang lain ia tidak mengapa dengan syarat tidak timbul ujub dalam dirinya.