KOMPLEKS Falak Al-Khawarizmi yang terletak di Tanjung Bidara, Masjid Tanah dibangunkan kerajaan negeri Melaka sejak 2002 kini sudah berusia hampir 20 tahun. Ia terkenal sebagai salah satu lokasi mencerap hilal di negara ini. Malah, bukan sekadar untuk melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa dan hari raya semata-mata, kompleks yang diletakkan di bawah Jabatan Mufti Melaka itu sebenarnya tempat yang bermanfaat untuk orang ramai mendalami ilmu astronomi mengenai jasad cakerawala. Umum mengetahui, kompleks itu sebenarnya menyediakan pelbagai kemudahan menarik seperti balai cerap, pusat latihan, lawatan galeri interaktif, galeri astronomi Islam,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya