Rakyat Malaysia sememangnya pemurah apabila Global Sadaqah merekodkan kutipan dana sebanyak RM450,000 dalam tempoh 72 jam derma kilat dibuka baru-baru ini. Angka itu sekali gus melangkaui sasaran minimum sebanyak RM200,000. Global Sadaqah, sebuah syarikat permulaan teknologi kewangan (fintech) tempatan, merekodkan kutipan dana sebanyak RM450,000 yang diraih melalui penerbitan sahamnya menerusi platform pembiayaan dana awam berekuiti dan patuh syariah baharu yang dikawal selia, Ethis Malaysia. Pengurus Global Sadaqah di Malaysia, Ifran Tarmizi berkata, dana pelaburan diterima itu digunakan untuk mengembangkan perkhidmatan ditawarkannya di Malaysia dan meningkatkan pengaruh syarikat di pasaran utama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya