Hakikatnya, pandemik Covid-19 yang sedang kita lalui ini adalah ujian buat manusia dalam bentuk wabak penyakit. Situasi ini dapat diselarikan dengan apa yang disebutkan dalam firman Allah SWT berkaitan ujian terhadap manusia. Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan suatu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (al-Baqarah: 155) Dalam ayat tersebut, Allah SWT menjelaskan tentang lima bentuk ujian yang dilalui manusia dan sabar adalah kunci utamanya dalam menghadapi ujian tersebut. Ujian-ujian tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya