Seperti kebanyakan institut pendidikan persendirian lain, pusat tahfiz Madrasah Al-Quran Wal Arabiyyah (Mawar) ini juga tidak dapat mengelak daripada terkena tempias akibat pandemik Covid-19 sejak Mac lalu. Selain mengalami penurunan dari segi jumlah pelajar termasuk yang berhenti atau tidak dapat menyambung pengajian mereka, madrasah yang ditubuhkan hasil inisiatif sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Mawar Pulau Pinang (YMPP) itu juga berdepan masalah penyusutan dana atau sumber kewangan untuk meneruskan operasi mereka ketika ini. Berpegang kepada prinsip Man Jadda Wajada (sesiapa yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu, maka, dia akan mendapatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya