Kilauan cahaya yang memantul di permukaan air menjadi konsep utama yang melatari pameran solo Fadhli Ariffin atau lebih dikenali sebagai Pali kali ini. Bertemakan Bino, anak kelahiran Perak ini kembali kepada akarnya baik daripada segi geografi mahupun spriritual dengan menjadikan cahaya sebagai sumber inspirasi utama. Perkataan Bino itu sendiri berasal daripada dialek tempatan Perak iaitu berbinar-binar, bermaksud kilauan atau cahaya yang berkelip di permukaan air. Fenomena itu menjadi asas bagi siri karya terbaharu ini yang meneruskan penerokaan Pali terhadap teknik pengulangan, lapisan dan teknik tanda (mark-marking) yang menjadi ciri khas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya